Untuk Tempahan, Sila Hubungi Wan Hazmir Bakar Di Talian 019-2208679

Click Here For English Version

Anugerah Tidak Ternilai Untuk Manusia

Keistimewaan lebah diabadikan di dalam surah An-Nahl (Lebah):

   "Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah; Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan dari apa yang mereka jadikan atap. Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan, lalu berjalanlah di jalan Tuhanmu dengan merendahkan diri. Akan keluar daripada perutnya minuman yang beraneka warna, padanya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu adalah tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang berfikir." (An-Nahl ayat 68 dan 69)

Propolis

Propolis adalah lekitan atau ibu madu mujarab yang dihasilkan lebah daripada getah daun, damar tumbuhan dan debunga yang disalut pada sarang lebah sebagai pelindung daripada virus, bakteria, kuman dan fungus. Propolis mengandungi  lebih daripada 180 jenis organik dan mineral serta semua vitamin kecuali vitamin K. Kajian membuktikan Propolis berfungsi sebagai bahan antibakteria dan antikulat terbaik selain merangsang immunisasi badan.

 

Propolis Gold

Propolis Gold adalah propolis asli dengan kelikatan paling tinggi, iaitu 50%. Ia dihasilkan menerusi amalan produk terbaik tanpa penggunaan alkohol atau punca haiwan. Propolis Gold mengandungi 38 jenis bioflavonoids termasuk asid amino. Kandungan bioflavonoids dalam setitis Propolis Gold bersamaan khasiat 500 biji oren.

 

Kesan Penyembuhan Propolis Terhadap Badan

Struktur asas manusia ialah sel. Penyakit disebabkan sel yang lemah dan tidak sihat serta kehadiran toksid dalam badan. Propolis membantu memulihkan sel untuk meningkatkan daya tahan badan serta menghilangkan bengkak, menyembuhkan luka dan memulihkan semula tisu, rawan dan tulang. Propolis juga membaluti dan memusnahkan bahan yang tidak diperlukan badan seperti kuman, bakteria, fungus, lemak, toksin, kolesterol dan dadah. Persidangan Produk Lebah Sedunia pada 1963 memutuskan bahawa propolis amat selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan.

 

Kemujaraban Propolis Gold

Kepala: Keletihan Saraf Kepala, Tekanan, Migrain, Barah Otak, Rambut Gugur, Uban, Sukar Tidur.

Muka: Sakit Mata, Resdung, Sakit Tekak, Sakit Gigi, Sakit Gusi, Sakit Telinga, Beguk, Hidung Berair, Jerawat.

Sistem Pernafasan: Lelah, Batuk Kering, Masalah Kerongkong, Tonsil, Bengkak Paru-Paru, Paru-Paru Berair, Barah Paru-Paru, Batuk Kering, Sesak Nafas .                                                                                     

Perut: Buasir, Masalah Usus Besar, Cirit Birit, Usus Bernanah, Gastrik, Fibroid, Masalah Sistem Pencernaan, Sembelit, Kencing Tak Lawas, Cacing.

Sistem Badan: Luka Dalaman, Sakit Bahu, Belakang, Masalah Saraf, Sakit Jantung, Limpa, Hempedu, Buah Pinggang, Kencing Manis, Darah Tinggi, Darah Rendah, Batu Karang, Gout, Sakit Sendi, Kebas.

Kulit: Luka, Nanah, Penyakit Kulit, Panau, Gatal-Gatal, Mengelupas, Campak.

Lain-Lain: Demam, Denggi, Kepialu, Taun, Sengatan, Gigitan, Pelangsing.

 

Cara Pengambilan

Titiskan Propolis Gold ke dalam segelas air panas/suam atau minuman panas dan minum. Jangan guna bekas atau sudu logam kerana ia boleh menghilangkan khasiat propolis. Propolis Gold boleh diambil bersama ubat lain. Sapukan Propolis Gold pada bahagian anggota badan yang sakit secara terus atau campuran tiga titis Propolis Gold dengan 1/2 gelas air panas/suam,.

 

Dos Pengambilan

Sihat: 5 titis dua kali sehari (pagi dan malam)

Sakit: 3-5 titis tiga kali sehari (pagi, tengahari dan malam)

Kronik: 1-2 titis dua kali sehari (pagi dan malam)

Barah: 2-3 titis setiap dua jam

Mulakan dengan satu titis untuk tiga hari pertama sebelum ditambah sehingga lima titis. Jika terasa lemah badan, minum segelas glukosa atau minuman manis.

 

Contoh Rawatan

Tekanan Darah Tinggi/Rendah: Minum sebelum tidur.

Lelah/Penat: Minum serta sapu campuran pada dada dan belakang.

Penyakit kulit, buasir dan sakit puan: Minum dan sapu campuran pada bahagian sakit.

Jerawat, melecur dan luka: Sapu terus pada bahagian sakit.

Lepas bedah, bengkak, sakit sendi, lenguh dan gaut: Minum dan sapu campuran pada bahagian sakit.

Demam: Minum dengan campuran limau nipis 2 kali sehari.

Kencing Manis: Minum dan cuci luka dengan air betik muda yang dikisar bersama kulit.

 

Kemungkinan Tindak Balas Dan Penyakit

Mengantuk (Masalah Hati), Letih (Masalah Bahagian Dada), Muntah (Masalah Sistem Penghadaman), Pening, Sakit Kepala, Susah Tidur (Tekanan Darah & Masalah Paru-Paru), Demam (Masalah Darah), Kentut (Masalah Usus Kecil & Besar), Cirit Birit (Masalah Limpa/Hati), Sakit Tekak (Masalah Paru-Paru), Sengal (Masalah Urat Darah), Bengkak Badan, Kencing Berbau, Sakit Pinggang (Masalah Buah Pinggang), Najis Berdarah (Masalah Anus), Sembelit (Masalah Usus Besar), Susah Buang Air Kecil (Masalah Urat Darah & Buah Pinggang).

 

Untuk tempahan, sila hubungi Wan Hazmir Bakar di talian 019-2208679